SEJARAH


Pusat Kegiatan Guru Marang terletak dalam daerah Marang kira-kira 18KM  dari pusat Bandar Kuala Terengganu dan 2 km dari pekan Bandar Marang. Terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Gong Nangka. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu merupakan majikan kepada Pusat Kegiatan Guru Marang
                
PKG  Marang pada awal penubuhanya pada tahun 1986 dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) yang terletak di Sekolah Kebangsaan Merchang. Pada tahun 1989 penempatan PSPD telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Marang bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Marang. Pada Oktober 2007 sekali lagi Pusat kegiatan Guru Marang telah berpindah dari SK Marang ke SK Gong Nangka.
 
Pada tahun 1991 nama Pusat  Sumber Pendidikan Daerah telah ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru Marang dan digunakan sehingga ke hari ini. Pada tahun 2005, Pusat Kegiatan guru telah dinaikkan taraf perjawatan pegawai daripada seorang pegawai yang di kenali sebagai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru kepada dua pegawai iaitu pegawai Teknologi Pendidikan I (DGA 32), Pegawai Teknologi Pendidikan II (DGA 29 dan seorang Pembantu Tadbir  N17. Pada tahun 2009 satu lagi perjawatan ditambah iaitu jawatan Juruteknik Komputer FT17.

Sepanjang penubuhan Pusat Kegiatan Guru Marang ianya telah ditadbir oleh penyelaras dan pegawai iaitu:

En Mohamad Bin Harun -
1991-2000 ( Penyelaras )

En. Mat azan Bin Yatim-
2000-2004 ( Penyelaras )

En. Mat azan bin Yatim-
Mei 2005-Jun 2007 ( PTP I )

En. Mat Sabri Bin Ismail-
Jun 200 7-Jun2008 (PTP I)

En. Abu Bakar Bin Abd Rashid
 Jun 2008 - Jun 2009. (PTP I)

En. Mohd Ramzi Bin Abdullah.
2004 - Jun 2009 (PTP II) /  01 Julai 2009 - 22 Ogos 2011 (PTP I)

Pn. Syuhairah Bt Mohamed Sani
2010 – April 2012 (PTP II)

En. El Gamillo Bin Habibun Tan .
April 2012 sehingga September 2015  (PTP I)

Pn. Noraihan Bt Mohamed .
Januari 2013 .– Disember 2013  ( PTP II)

Muhammad Syaripi bin Hj.Harun
September 2015- Sekarang ( PTP I)

Siti Halijah binti Ramli
Jun 2016 - Feb 2017 (PTP II)

Faziani binti Othman
Mac 2017 - Sekarang  (PTP II)

Ketua Penolong Pengarah BTPNT

Ketua Penolong Pengarah BTPNT