ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2017



Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu akan mengadakan Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2017 peringkat Negeri Terengganu. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan kepada sekolah dan guru yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang di peringkat negeri dalam bidang teknologi pendidikan. 

JOM CUTI BERSAMA FROG VLE


Pastikan murid-murid tetap mendapat bimbingan guru walaupun semasa cuti persekolahan. Dengan menggunakan laman pembelajaran maya VLE Frog, murid-murid akan sentiasa mendapat ilmu dan pendidikan walau di mana mereka berada dan pada bila-bila maa. Guru berperanan menjadikan pendidikaan berlaku secara berterusan dan menarik walaupun tidak berada di sekolah.Dengan VLE Frog, guru tidak perlu lagi membuat fotokopi soalan-soalan atau kerja rumah untuk dibekalkan kepada murid, cukup hanya sediakan tugasan di dalam laman VLE. Dengan itu  muid boleh akses tugasan tersebut di mana sahaja tanapa perlu membawa beg atau buku semasa bercuti atau balik kampung, cukup hanya dengan gajet yang ada bersama keluarga.




SEMOGA BERJAYA








PKG Marang mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan SPM dan STPM buat semua calon 2017. Semoga anda semua berjaya!!

PPPM 2013-2025


Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai, dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian Pendidikan sejak dahulu hingga kini. Bakti yang telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat disangkal oleh manamana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang ketara dalam pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa, seperti UNESCO dan Bank Dunia.   KLIK DISINI

KEMPEN HOUR OF CODE 2017

 

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign) yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran murid terhadap pengekodan (coding), pengaturcaraan dan sains komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains.  Kempen ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan #mydigitalmaker movement.
Berminat? Untuk maklumat lanjut dan tatacara penyertaan, sila KLIK DI SINI












Ketua Penolong Pengarah BTPNT

Ketua Penolong Pengarah BTPNT