Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan
negara. Sistem ini telah menyediakan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi
memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara.
Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan adalah hasil
kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir,
pegawai, dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan
Kementerian Pendidikan sejak dahulu hingga kini. Bakti yang
telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat disangkal oleh manamana
pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun negara mencapai
kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang
ketara dalam pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh
berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan
rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap
hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang
pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka telah
diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa, seperti
UNESCO dan Bank Dunia. KLIK DISINI